RESEPI NASI DAGANG





  • Resipi Nasi Dagang
  • 3 cawan beras biasa + 1 cwn beras pulut (rendam semalaman)
  • 1 cawan air
  • Sedikit bawang merah-dihiris
  • Sedikit halia-dihiris
  • Sedikit halba
  • 1 cawan santan pekat
  • Tos beras yg direndam. Masuk dlm periuk kukus & kukus hingga keluar wap.
  • Lepas itu keluarkan dari periuk kukus dan masukkan ke dalam bekas besar.
  • Tuang 1 cawan air biasa dan gaul sebati.
  • Buat lubang di tengah2 dan masukkan bawang merah & halia yg mayang halus. Tutup lubang & tabur halba. Kukus lagi sekali hingga keluar wap lagi.
  • Masukkan dlm bekas dan gaul sebati dengan 1 cawan santan pekat yang dicampur dgn sedikit garam. Siap (tak perlu kukus lagi).


  • Resipi Gulai Ikan Tongkol / Aya

  • Ikan Tongkol/aya
  • 4-5 keping asam keping
  • Sedikit lengkuas
  • Sedikit garam
    • Rebus ikan dengan sedikit garam, asam keping dan lengkuas. (sebaiknya rebus malam waktu rendam beras jadi senang, esok pagi boleh terus masak).

    • Bahan kisar:
    • Bawang merah
    • Sedikit halia
    • Sedikit lengkuas
    • Sedikit bawang putih
    • Bahan lain:
    • Sedikit chilli paste/Chilli powder/cili kering yang diblend)
    • 2-3 asam keping
    • Sedikit garam
    • Sedikit gula putih/gula perang
    • Cili merah/cili padi
    • Sedikit rempah kari ikan (ini saya tambah)
    • Santan pekat
    • Tumis semua bahan kisar dengan sedikit minyak. Masukkan chili paste/chilli powder/cili kering yang diblend.
    • Bila dah pecah minyak, masukkan santan pekat. Tunggu sehingga menggelegak baru masukkan ikan, 2-3 keping asam keping, garam & gula secukup rasa. Masukkan juga cili padi @ cili merah 2,3 bijik (tak yah ketuk pun takpe kalo takut pedas). Kata mak K.miza rasa cili ni lah yg menyebabkan rasa & bau kuah gulai ni sedap.
    • Masak gulai lama-lama dengan api perlahan sehingga kuah pekat dan pecah minyak.
    • Kuah gulai nasi dagang ni memang manis dari gulai nasi putih yg kita biasa masak. Jadi letak gula lebih sikit pun takpe. Bila rasa dah manis, tapi bila mkn dgn nasi sebenarnya tak rasa manis lagi. Jadi jangan takut untuk letak gula lebih sikit.

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS

    0 comments:

    Post a Comment